Monday, August 03, 2009

Cerita yang menginsafkan!!!


Pada suatu masa dahulu ada seorang nelayan tua yang mempunyai tiga orang anak. Mereka duduk di suatu kampung nelayan yang jauh dari tanah besar yang memerlukan mereka menaiki bot untuk sampai. Ketiga-tiga anak nelayan ini amat berbeza dari segi layanan dari ayah mereka.

Anak yang pertama bernama HARBEN. Anak pertama nelayan ini amat kacak dan cantik sehinggakan nelayan itu amat sayang padanya dan tidak membenarkan dia keluar dari rumah beliau. Selalu juga dia meminta izin ayahnya untuk keluar dan bergaul dengan kawan-kawan yang lain tetapi hampa kerana bimbang tentang keselamatan anaknya. Oleh itu, HARBEN hanya tahu perkara-perkara di dalam rumah sehingga di depan pintu rumahnya.

Anak yang kedua ini pulak bernama AHKEL. Anak kedua nelayan ini juga disayangi oleh nelayan ini walaupun tidak seperti anak pertama, HARBEN. Oleh itu AHKEL ini dibenarkan ayahnya untuk keluar rumah namun dia tidak dibenarkan untuk menyeberang laut sebab dikhuatiri lemas dan hanyut dilaut. Oleh itu, anak kedua nelayan tersebut dapat berjumpa kawan-kawan beliau di perkampungan nelayan tersebut. Walaua bagaimanapun dia akan dipanggil ketika waktu petang.

Anak yang terakhir pula bernama AMSOL. Anak ketiga ini tidak secantik kedua-dua abangnya. Oleh itu, nelayan tersebut benci kepadanya dan membiarkannya merayau-rayau dan berjalan- jalan kemana-mana sahaja. Kadang kala berminggu-minggu tidak pulang ke rumah namun nelayan tua itu tidak memperdulikannya.

Selang beberapa tahun kemudian, datang utusan raja berjumpa si nelayan tua membawa perintah raja untuk menjemput si nelayan tua menghadap baginda di istana dalam masa tiga hari. Nelayan tersebut ketakutan kerana beliau tidak pernah sampai ke istana raja tersebut.

Oleh itu, si nelayan tua berjumpa dengan anak pertamanya, HARBEN. Dia bertanya kepada HARBEN, "Anakku, bolehkah kau menemani ayah berjumpa dengan raja". Jawab anaknya, "Minta maaf ayah, saya hanya boleh menemani ayah sehingga ke beranda rumah sahaja sebab hanya sampai di sini ayah izinkan saya keluar bermain. Dengan hati yang berat untuk berpisah dengan anaknya HARBEN, nelayan tua dan anaknyer berpelukan dan berpisah. Kemudian si nelayan itu berjumpa dengan anak keduanya, AHKEL di perkarangan rumah. Dengan soalan yang sama anak beliau ditanya. Anak keduanya bersetuju untuk membawanya ke pelabuhan kerana dia hanya kenal kampung nelayan tersebut dan tidak tau keadaan di seberang. Setelah berpelukan di pelabuhan mereka pun berpisah. Nelayan tersebut menunggu di pelabuhan.

Tidak lama kemudian muncul seorang lalaki yang tidak terurus, comot dan kurus kering. Setelah diamati, lelaki itu adalah anak ketiga beliau, AMSOL. Nelayan itu bertannya kepada anaknya seperti anak-anak yang lain. Beliau menjawab, "Ayahku, saya sanggup menemanimu untuk berjumpa dengan raja". Tersentak si nelayan tadi serta terharu dengan keikhlasan AMSOL. Timbul rasa penyesalan kerana tidak menghiraukan anak ketiganya itu.

Mereka meneruskan perjalanan mereka dengna menaiki sampan kepunyaan nelayan tersebut. Setelah sejam mereka di laut, dengan tanpa disangka-sangka mereka terperangkap dalam ribut. Mereka berusaha sedaya mengawal sampan mereka dari terbalik. Namun, sudah ditentukan yang mereka gagal mempertahankan kestabilan sampan tu tersebut lalu terbalik. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, terlintas di hati nelayan itu..."Alangkah baiknya kalau aku dapat menjaga AMSOL dengan baik. Dia pasti dapat mengatasi ribut ini sekiranya badannya berisi dan sihat."

Tuan-tuan yang saya muliakan, dapatkah tuan-tuan pengajaran daripada cerita ini? Sila beri komen. Insyallah, saya akan memberi kupasannya pada masa akan datang.Wassalam...

2 comments:

~SuRaYa~ said...

2 la..sir nant kalo da ade anak..jgn pilih kasih!

sakina bibi said...

Assalamualaikum,
That is part and parcel of life!