Friday, June 04, 2010

I'm back!!!

Assalamualaikum semua...alhamdulillah dipanjatkan kerana mengizinkan ana untuk menukilkan beberapa kata untuk berkata-kata bukan mengata...

Sepanjang nak dekat setahun ana membisu seribu bahasa...banyak yang berlaku samada suka duka kenangan dan memori...yang penting ana terus berusaha untuk mencapai cita2 ana berjaya dalam hidup dan berbekal amalan untuk akhirat nanti

kadang-kadang adakala kita hilang tujuan hidup kita namun kita mesti jangan terus berada diawangan...mesti hidup dengan realiti bukan fantasi...

Yang penting...sebagai abdillah....kita mesti sentiasa beribadat kepada pencipta kita...solat mengaji Al-quran dan berzikit mengingatiNya...

Salam

P/S: Setiap post yang ana siarkan jgn lupa sedekahkan al-fatihah kepada nabi junjungan, sahabatnya, saudara2 dan keluarga kita yang pergi terdahulu daripada kita...

Tuesday, September 29, 2009

Salam Lebaran...Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum semua...

Tidak terlewat ana untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Walfaiiziiin... Maaf sesangat sebab lama tak post blog...pada yang merindui ana insyallah sekarang nak updatekan ni...

Sepanjang bulan puasa ini banyak benda yang berlaku...yang pertama pengetua cemerlang sekolah telah bertukar ke SMK Clifford...so pecah la tradisi Cliffordian sebab ini adalah julung kali nya pengetua permpuan terbaik menjadi pemimpin komuniti cliffordian...bagi yang masih tinggal di sini harap-harap mendoakan kejayaan beliau disana okay...

Pada tanggal 12 sept 2009...ibu saudara ana kembali ke rahmatullah pada umur 42 thn disebabkan kanser rahim...terasa juga kehilangan nyer sebab blh dikatakan rapat juga....then lagi sedih pada 2 hari selepas tu sebab hari ni genap 32 tahun...dah kutai rupanya ana ni... nasib baik la allah bagi panjang dan berkat umurnya...cuma tahun dapat lambat sikit ucapan dan ciuman dari ibu tersayang...emak sentiasa doakan kebahagiaan dan murah rezeki ana...insyallah...

Dah terlanjur mengqada posting blog ni ana nak share ilmu pada semua...tapi lain kali ana post lagik insyallah...sabda Rasulullah s.a.w. berpuasa di bulan syawal seumpama berpuasa selama setahun...sila kongsi dengan saya...boleh buat dalam kiraan matematik yer...

Kay lah insyallah blog yang seterusnya akan dikongsi lagik year...wassalam

Saturday, August 15, 2009

Entah ler!!!

Assalamualaikum sumer...

sorry kali ni ana nak kongsi perasaan ajer...kalau nak kongsi kita kongsi...weekend ni ana ngan sahabat pegi kelas MBA...banyak betul dugaan...

mula-mula kelas ana hantar mid term exam...lepas tu terus ada quiz...huhuhuhu...memang tak baca langsung sebab tekum menjawab mid term...nasib baik tak teruk keputusan nya...lepas balik kelas semalam (sabtu)...ana ang the gang cari hotel...semua dah penuh...nasib baik lah ada kosong kat Fair Park Hotel...tu yang ana hairan...dalam sibuk H1N1 melanda...hotel-hotel pun penuh...selain tu jalan raya sesak sangat...semalam ajer ana menyaksikan accident 2 kereta dan 3 kereta...ni mesti sebab tak sabar...nak kata ada perayaan mana ader tengah-tengah bulan ni...

Entah ler...banyak-banyak lah bersabar...kalau tak memang nak jerit sekuat hati...tapi karang orang kata gila pulak sebab macam tarzan panggil binatang rimba tak datang-datang...so sabar lah Saleh.......

Thursday, August 13, 2009

Berita yang menyedihkan!!!


Assalamualaikum para bloggers dan pembaca yang dimuliakan...

Selepas selesai kelas ana...ana ke bilik guru untuk berinternet...masa ana baca berita harian...terkejut ana bila membaca berita Ustaz Asri dari Kumpulan Rabbani kembali ke rahmatullah pada pukul 11 pagi tadi disebabkan serangan jantung...baru berumur 40 tahun dah diambil nyawanya...Perasaan ana boleh dikatakan sedih walaupun beliau hanya saudara seIslam ana...ini kerana ana selalu lihat dia membaca selawat dan juga dzikir-dzikir lain...Masya Allah... bayangkan berapa ramai manusia/insan yang menonton astro oasis terutama sementara menunggu waktu solat...beliau merupakan salah seorang personaliti yang dianugerahkan kelunakan suara yang digunakan untuk mengalunkan kata-kata indah memuji Allah swt...

Ana menyeru kepada saudara seIslam supaya menyedekahkan surah Yaasin dan Al-Fatihah kepada beliau semoga roh beliau dirahmati Allah swt dan termasuk dalam golongan orang yang memperoleh keberkatan dan beramal soleh yang dijanjikan Allah swt syurga...Insya Allah

Berita lanjut!!!

Assalamualaikum semua pembaca blog yang ana hormati...

Maaf dipinta kepada semua pembaca sebab ana tak sempat update tentang H1N1 yang dikatakan melanggar SMKSTA...jadi harap-harap tidak terlambat untuk melaporkannya...

Untuk pengetahuan sekalian ana nak berikan status sebenar pada akhir hari semalam tentang pemeriksaan H1N1 di sekolah ana...seramai 172 orang diperiksa oleh pihak kementerian kesihatan...seramai 34 orang pelajar diberi ubat dan cuti rehat, 124 orang pelajar diberi ubat dan hanya 14 orang yang di dapati tidak demam (suhu badan tinggi sikit tu mungkin sebab rehat yang tidak mencukupi)...Boleh la disimpulkan bahawa walaupun H1N1 dikatakan 'melanggar' SMKSTA tapi ucapan syukur kepada ALLAH swt sekolah ana TIADA kes Positif H1N1...Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Kesihatan, Pentadibir dan AJK Hem SMKSTA kerana bertungkus lumus dan proaktif dalam menangani penularan wabak H1N1 yang telah meragut nyawa seramai 51 orang di Malaysia (sumber diambil dari BERITA HARIAN)...

Untuk mengakhiri rencana ini ana menyeru kepada semua warga Islam SMKSTA bersama-sama melakukan solat hajat dan bacaan Yaasin esok pagi (Jumaat-14/08/2009)di Dataran Blok G dan dengan rendah diri memanjatkan doa dan hajat agar sentiasa dalam keadaan sihat walafiat daripada perlbagai penyakit (termasuk H1N1)...ditetapkan dan dipelihara iman kita, dimurahkan rezeki dan menjauhi dari segala kesusahan yang dapat dilihat atau tersembunyi...

"Yang Baik dan sempurna itu semuanya datang dari ALLAH swt dan segala kekurangan dan kelemahan itu datang dari kita semua sendiri (ana terutamanya...)"

Wassalam

Tuesday, August 11, 2009

H1N1 Melanggar SMKSTA


Assalamualaikum semua...maaf dipinta kerana lewat menghunus tinta ini...bukan niat ana menutur kata tapi kerana sibuk memeriksa kertas ujian pelajar yang berbagai-bagai jawapan...

Hari ini ana nak cerita tentang peristiwa yang baru berlaku pagi ini...kalau tengok blog-blog cikgu yang lain semua ada cerita tentang H1N1 menyerang SMKSTA...amat membimbangkan bila anak didik ana banyak yang kena suspect H1N1...Namun pada akhir pemeriksaan perdana tadi cuma beberapa orang pelajar yang dipaksa bercuti selama 5 hari...secara kasarnya tadi dalam 27 org...harap-harap semuanya ok (orang kampung semuanya okay!)...

Ana nak laporkan sedikit kelainan iaitu tentang serangan ini...terdapat beberapa pelajar berbangsa asli yang tidak ketinggalan mempunyai tanda-tanda yang membimbangkan...bila ana tanya kemungkinan sebab kita mungkin terdedah kepada wabak ini...mereka menjawab mungkin daripada nyamuk dan juga khinzir-khinzir peliharaan mereka...

Berita terbaru ngerhubuyang ana terima ada 2 pelajar adik-beradik yang sedang demam kuat dan suhu badan melebihi 40 darjah celsius...Setelah disiasat, mereka telah berhubung terus dengan saudara mereka yang menghidapi H1N1 di hospital beberapa hari yang lalu...jadi marilah bersama-sama kita membaca Yaasin dan solat hajat pada hari Jumaat ini semoga wabak Influenza H1N1 ini dapat dibendung dan dibasmi sepenuhnya...Amiin ya Rabbal A'alamiin...




Saturday, August 08, 2009

Today's cube of Wisdom

Assalamualaikum dear friends and my students... These are some dua'aa for all...hope all of you will recite it disregarding its language...Thanks. All is in Holy Quran...
Prayers: Our Lord! Grant us good in this world and good in the life to come and keep us safe from the torment of the Fire (2:201)
Prayers: Our Lord! Bestow on us endurance and make our foothold sure and give us help against those who reject faith. (2:250)
Prayers: Our Lord! Take us not to task if we forget or fall into error. (2:286)
Prayers: Our Lord! Lay not upon us such a burden as You did lay upon those before us. (2:286)
Prayers: Our Lord! Let not our hearts deviate from the truth after selves, and unless You grant us forgiveness and bestow Your mercy upon us, we shall most certainly be lost! (7:23)
Prayers: Our Lord! Place us not among the people who have been guilty of evildoing. (7:47)
Prayers: Our Lord! Lay open the truth between us and our people, for You are the best of all to lay open the truth. (7:89)
Prayers: Our Lord! Pour out on us patience and constancy, and make us die as those who have surrendered themselves unto You. (7:126)
Prayers: Our Lord! Make us not a trial for the evildoing folk, and save as by Your mercy from people who deny the truth (10:85-86)
Prayers: Our Lord! In You we have placed our trust, and to You do we turn in repentance, for unto You is the end of all journeys. (60:4)
Find the meaning in Malay as well as in Arabic. Thanks.

Thursday, August 06, 2009

Kalaulah otak manusia boleh di program semula!!!

Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa dirahmati Allah selalu.

Hari ni ana nak kongsi pengalaman hari ini...memang mengajar ana kesabaran. Hari ni ana ada 6 masa dan 4 daripadanya jaga exam pra percubaan SPM. Pada pukul 2 setengah petang tadi ana diamanahkan untuk buat kelas tambahan 3 yakin untuk bahasa Inggeris. Ana tunggu punya tunggu dah pukul 3 setengah seorang manusia 3 yakin tak nampak. Ana andaikan kalau orang lain di tempat ana mesti angin satu badan punya. Jadi esok ana akan jumpa budak-budak ni dan tanya sebab mereka tak datang kelas. Ingat ana aje yang problem rupanya budak pandai pun ader masalah sikap sampai cikgu yang mengajarnya pun menangis.

Terdetik rasa hati ana untuk buat sesuatu tentang mereka. Masih tak sedar tentang penting nya belajar bahasa inggeris khasnya dan pmr secara umumnya. Seperti kata pepatah inggeris, "You can bring and force a horse to the river but can't force it to drink." Maksud nye kita boleh berusaha macam-macam tapi tidak dapat paksa mereka untuk belajar. Hai entah la. Seperti yang dinyatakan pada tajuk jika seorang cikgu dapat reprogram pelajarnya Insyallah kita boleh maju dan lebih baik. Adalah kiranya tuan puan dapat memberi komen atau pengalaman sila lakukan. Itulah sebabnya kalau ibu bapa terlepas pandang memang tak pandang la yer tak. Jangan anggap sekolah sekadar untuk belajar sahaja dan bukan juga taman asuhan kanak-kanak.Perlu banyak ambil tahu dan mengajar mereka menghormati orang tua. WASSALAM.