Assalamualaikum semua pembaca blog yang ana hormati...
Maaf dipinta kepada semua pembaca sebab ana tak sempat update tentang H1N1 yang dikatakan melanggar SMKSTA...jadi harap-harap tidak terlambat untuk melaporkannya...
Untuk pengetahuan sekalian ana nak berikan status sebenar pada akhir hari semalam tentang pemeriksaan H1N1 di sekolah ana...seramai 172 orang diperiksa oleh pihak kementerian kesihatan...seramai 34 orang pelajar diberi ubat dan cuti rehat, 124 orang pelajar diberi ubat dan hanya 14 orang yang di dapati tidak demam (suhu badan tinggi sikit tu mungkin sebab rehat yang tidak mencukupi)...Boleh la disimpulkan bahawa walaupun H1N1 dikatakan 'melanggar' SMKSTA tapi ucapan syukur kepada ALLAH swt sekolah ana TIADA kes Positif H1N1...Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Kesihatan, Pentadibir dan AJK Hem SMKSTA kerana bertungkus lumus dan proaktif dalam menangani penularan wabak H1N1 yang telah meragut nyawa seramai 51 orang di Malaysia (sumber diambil dari BERITA HARIAN)...
Untuk mengakhiri rencana ini ana menyeru kepada semua warga Islam SMKSTA bersama-sama melakukan solat hajat dan bacaan Yaasin esok pagi (Jumaat-14/08/2009)di Dataran Blok G dan dengan rendah diri memanjatkan doa dan hajat agar sentiasa dalam keadaan sihat walafiat daripada perlbagai penyakit (termasuk H1N1)...ditetapkan dan dipelihara iman kita, dimurahkan rezeki dan menjauhi dari segala kesusahan yang dapat dilihat atau tersembunyi...
"Yang Baik dan sempurna itu semuanya datang dari ALLAH swt dan segala kekurangan dan kelemahan itu datang dari kita semua sendiri (ana terutamanya...)"
Wassalam
Putush
8 years ago
No comments:
Post a Comment