Assalamualaikum semua...
Hari ni ana nak kongsi pengalaman makan. Nak tanya teman-teman, apakah makanan yang boleh kenyang tapi melaparkan. Haa, memang pening nak jawab soalan, tapi kalau tanya orang rumah ana insyallah dia boleh jawab. Bila makan sesuatu, perkara yang penting ialah perasaan 'kepuasan'.
Ini dialami oleh ana sendiri malam tadi...malam tadi kami berdua ke EJ Steakhouse untuk makan stik...yelah sekali sekala memanjakan diri...ana order fillet stik dan grape fruit juice dan orang rumah order yang sama kecuali minum laici ais...setelah 10 menunggu...yang sampai air dan satu set fillet stik...ana tanya ana punya orang rumah supaya makan dulu tapi dia tak nak sebab takut dapat bahagian kecil...tak 'puas' makan...so ana makan dulu...lepas tu dalam 10 minit kemudian...tak datang-datang lagi...10 minit lagi tak datang-datang...orang rumah ana dah start kumat-kamit mulut dia...entah bacaan apa pun ana kurang pasti...bagus gak kalau dia baca surah Yaasiin sampai habis...rupa-rupanya tgh tahan marah sebab lapar tahap melampau dan tapi 'kepuasan' turun secara mendadak sehingga terpaksa panggil pelayan dan setelah menfaraidh ana punya bahagian...
akhirnya sampai juga...so dia start makan sampai habis...tuan-tuan semua tahu tak apa ayat yang keluar dari mulut orang rumah ana..."tak kenyang la...tak puas makan"...ana senyum bila dia kata begitu...
oleh itu ana boleh simpulkan bahawa dalam soal makanan...terdapat juga elemen 'puas'... bergantung kepada faktor persekitaran dan mood untuk menjamah makanan...jadi sudilah kiranya tuan-tuan beri komen tentang isu ini...wassalam
1 comment:
Gayat teman bace tajuk mike, ghopenye mamam.
Post a Comment