Tuesday, August 04, 2009

Kupasan nyer!!!

Assalamualaikum sumua...ana akan berikan kupasan ttg cerita semalam...

Untuk pengetahuan semua ketiga-tiga anak nelayan itu adalah sebenarnya perkara-perkara yang ada pada seseorang manusia. Setiap manusia sentiasa mempunyai ketiga-tiga perkara. Yang pertama ialah HARBEN iaitu harta benda kita. Harta benda kita ini hanya berada di rumah apabila kita pergi menghadap Ilahi dan akan di warisi orang lain. Yang kedua ialah AHKEL iaitu ahli keluarga dan sahabat handai. Anak isteri, keluarga dan sahabat handai hanya menemani kita sampai ke jeti iaitu di kawasan perkuburan. Selepas itu mereka akan meneruskan hidup dan akan melupakan kita. Yang Paling penting ialah AMSOL iaitu amalan dan doa anak soleh yang akan menemani kita sampai bila-bila.

Oleh itu, mari kita renungkan dan muhasabah diri sendiri. Tepuk dada dan tanya iman masing-masing.
Cukup kah amalan-amalan kita di dunia?
Adakah kita ikhlas mengerjakan ibadah kita?
Adakan kita mendidik anak-anak kita dengan agama dengan harapan mendapat doanya?

"SEMUA YANG BAIK ITU DATANG DARIPADA ALLAH SWT DAN YANG KURANG ITU DATANG ATAS KELEMAHAN KITA SEMUA"

No comments: