Assalamualaikum semua...maaf dipinta kerana lewat menghunus tinta ini...bukan niat ana menutur kata tapi kerana sibuk memeriksa kertas ujian pelajar yang berbagai-bagai jawapan...
Hari ini ana nak cerita tentang peristiwa yang baru berlaku pagi ini...kalau tengok blog-blog cikgu yang lain semua ada cerita tentang H1N1 menyerang SMKSTA...amat membimbangkan bila anak didik ana banyak yang kena suspect H1N1...Namun pada akhir pemeriksaan perdana tadi cuma beberapa orang pelajar yang dipaksa bercuti selama 5 hari...secara kasarnya tadi dalam 27 org...harap-harap semuanya ok (orang kampung semuanya okay!)...
Ana nak laporkan sedikit kelainan iaitu tentang serangan ini...terdapat beberapa pelajar berbangsa asli yang tidak ketinggalan mempunyai tanda-tanda yang membimbangkan...bila ana tanya kemungkinan sebab kita mungkin terdedah kepada wabak ini...mereka menjawab mungkin daripada nyamuk dan juga khinzir-khinzir peliharaan mereka...
Berita terbaru ngerhubuyang ana terima ada 2 pelajar adik-beradik yang sedang demam kuat dan suhu badan melebihi 40 darjah celsius...Setelah disiasat, mereka telah berhubung terus dengan saudara mereka yang menghidapi H1N1 di hospital beberapa hari yang lalu...jadi marilah bersama-sama kita membaca Yaasin dan solat hajat pada hari Jumaat ini semoga wabak Influenza H1N1 ini dapat dibendung dan dibasmi sepenuhnya...Amiin ya Rabbal A'alamiin...
1 comment:
semoga semuanya sihat.. sepatutnya sape2 yang xsihat xpayah la dtg sekolah.. pegi dptkan rawatan & kuarantin diri sendiri sementara waktu.. untuk kebaikan semua.
Post a Comment