Wednesday, July 29, 2009

Meeting G60

Mesyuarat pada hari ini membincangkan perkara berbangkit daripada pentadbir sekolah. Pelbagai agenda dibincangkan sepanjang mesyuarat ini.
Perkara pertama disentuh ialah aktiviti Gotong-Royong Perdana Rakan Muda. Tarikhnya telah ditetapkan pada hari Jumaat depan 07-08-2009. Pelajar-pelajar dan guru-guru akan di bahagikan mengikut tempat-tempat yang ditetapkan.
Perkara kedua ialah tentang penunggang motosikal sekolah. Daripada 70 penunggang motosikal hanya 8 penunggang motosikal yang memiliki lesen memandu yang sah.Mulai esok (30/07/09) pelajar yang tidak mengikut undang2 bakal dikenakan denda dan motor mereka di simpan sekolah sehingga ibu bapa pelajar berkenaan datang untuk menuntutnya.
Perkara ketiga yang dibincangkan ialah tentang perlaksanaan perancangan program PEGUB yang akan dijalankan pada hujung minggu ini. Dalam perbinsangan ini, semua ahli jawatan kuasa kerja telah menjalankan tugas yang cemerlang dan kini bergantung dengan perlaksanaan program PEGUB ini.
Akhir sekali sesi soal jawab dari semua guru dan nampaknya tiada perkara berbangkit yang memerlukan perbincangan yang serius. Mesyuarat mingguan ditangguhkan pada pukul 4ptg.

No comments: